top of page
Search
Writer's picturearyani venture

Festival makanan dan warisan 2019

Updated: Oct 1, 2019


Mee Penang menjadi pilihan dan tarikan ramai termasuk pelancong dari luar.


Bermula 22 Ogos 2019, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Negeri Kelantan (MOTAC) telah menganjurkan sebuah Festival Makanan Asia dan Warisan yang bertempat di Stadium Muhammad IV. Objektif festival kalini adalah untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negeri Kelantan. Festival ini berakhir pada 31 Ogos 2019 baru-baru ini. Banyak gerai-gerai yang mewakili beberapa buah negara dan negeri turut memeriahkan festival ini dengan berniaga pelbagai aneka makanan dan barangan. Selain itu, terdapat banyak juga aktiviti yang menarik dan beberapa artis jemputan juga turut hadir dalam menjayakan festival makanan yang bertapak di Kota Bharu, Kelantan ini. 

“Kuah mee penang sakat pekat dan cukup rasa. Rasanya amat sedap. Mee udang penang yang resepinya khas dari seorang pemilik kelahiran Penang menjadi pilihan pelanggan.”

 Oleh kerana itu, Aryani Global Solution (AGS) dapat melihat festival ini sebagai satu peluang untuk mempromosikan syarikat ini ke khalayak ramai. Ketika Festival, AGS turut menjayakan festival dengan turut berniaga makanan dan gerai AGS ketika itu dikenali sebagai 'Cik Toon Penang'. Perniagaan yang dimiliki oleh seorang usahawan yang asal kelahiran dari negeri Penang ini, di panggil sebagai Kak toon dan beliau juga banyak memberi inspirasi kepada pekerja-pekerja AGS untuk terus mempromosikan AGS menerusi festival ini.



Antara Menu Makanan 'CIK TOON PENANG' :


- Mee Udang                   RM 7

- Mee Tulang                  RM 7

- Mee Udang + Tulang   RM10

- Laksa Penang               RM 5


41 views0 comments

Comments


bottom of page